Sang Pengembara Ilmu

Today suddenly got some idea to spill out here.

My story this morning..

Sementara menunggu adik tengah interview STAM, ada seorang mak cik sembang sekali dgn aku dan mak. Dengar cerita mak cik ni, punyalah gigih mencari tempat belajar yg sesuai utk anaknya yg habis SPM sampai sanggup cari sekolah dekat Perak walaupun mak cik ni tinggal kat Selangor. Kata mak cik ni, dia tak tahu nak mohon-mohon u ni. Mohon je mana-mana yang tahu. Jadi aku pun ceritalah sikit-sikit macam mana nak mohon ipta.



Lama-lama dah sembang, tetiba mak cik tu tanya,

"Sekarang belajar kat u dah berapa tahun dah?"

"Baru tahun 2 makcik."

"Oh. Berapa lama tu baru nak habis?"

"Kalau nak dikira, lagi 4 tahun."

"Lama jugak ye tu 6 tahun. Kenapa lama sangat?"

"Saya je amik yang lama tu. Org lain ramai je amik sampai 4/5 tahun. 3 tahun pun ada je."

"Lama ye tu."

Me : (hanya mampu tersengih)


Begitulah nasib sebagai budak medik. Eh, tak. Sebetulnya, begitulah nasib sang penuntut ilmu. Kadangkala kita rasa penatnya belajar, letihnya hidup ni asyik kena belajar je. Mungkin juga ada orang sekeliling kita yang tak faham pun perjuangan kita menuntut ilmu. Ketahuilah bahawa ilmu yang kita belajar itu bukan untuk kita dan tentunya bukan milik kita.



Allah Ta’ala berfirman dalam surah Al-Mujadalah [58] ayat 11:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِذَا قِيلَ لَكُمْ تَفَسَّحُوا۟ فِى ٱلْمَجَٰلِسِ فَٱفْسَحُوا۟ يَفْسَحِ ٱللَّهُ لَكُمْ ۖ وَإِذَا قِيلَ ٱنشُزُوا۟ فَٱنشُزُوا۟ يَرْفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ مِنكُمْ وَٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْعِلْمَ دَرَجَٰتٍ ۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Hai orang-orang beriman apabila dikatakan kepadamu: “Berlapang-lapanglah dalam majlis”, maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: “Berdirilah kamu”, maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.



Tajdid niat belajar kerana Allah. Ikhlaskan diri menuntut ilmu utk ummah. InshaaAllah kita akan merasakan manisnya pengorbanan jerit perih kita selama 6 tahun. Dan semestinya menuntut ilmu tak akan pernah berhenti sampai 6 tahun kerana kita setiap hari akan belajar benda yang baru dalam kehidupan.

Moga Allah berkati usaha kita. Moga Allah redha.

#longlifelearner #weareinthemaking

Comments