Kehilangan orang tersayang

Fuhhh..berhabuk terokss blog ni

Bismillah..

Lama dah tak update blog ni. Ada tak sapa-sapa yang baca kat sini. Mohon tinggalkan komen kat bawah😆

Hari ini, tiba-tiba nak share something. Tapi macam awkward sikit. Mungkin sebab lama tak menulis. 

Baru-baru ni, ada beberapa orang sahabat kehilangan orang tersayang. Ada jugak sahabat yang sedang menjaga ahli keluarga yang sedang sakit. Bila dengar khabar berita sahabat-sahabat, memori lama betul-betul menjengah di kepala fikiran. Ya, aku pun pernah merasa perkara yang sama. Allah lebih sayangkan arwah ayah aku. Allah mengambil nyawa ayah aku sebelum sempat aku berbakti padanya. Allah mengambil nyawa ayah aku sebelum dia sempat melihat anak-anaknya membesar panjang. Tapi, apakan daya. Ajal dan maut semuanya terletak pada qadarullah.

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un
From Allah we came and to Allah we'll return

Ramai yang tanya, "Macam mana ko boleh hadapi semuanya?"





Mintalah kekuatan daripada Allah kerana Dia lebih tahu keupayaan setiap hambaNya berbanding kita sendiri. Terima ujian Allah dengan hati yang terbuka dan buka mata hati untuk melihat hikmah pada setiap kejadian yang berlaku. Beruntunglah sebab kita telah menjadi insan yang terpilih oleh Allah untuk menjadi kuat. Tipulah pada awalnya susah untuk 'move on', tapi segeralah merintih padaNya dan berdoa banyak-banyak. InshaAllah everything's gonna be alright.

Kadangkala, kita sendiri kena kuat dalam hidup ini untuk menguatkan insan di sekeliling kita.

Moga Allah redha.


Comments