Tamhidi Medik USIM

Salam perkenalan buat sahabat-sahabat yang baru menjengah ke blog yang tak seberapa ini. Rasa macam nak sharing sesuatu je..

Entry kali ini sangat ditujukan khas buat sahabat-sahabat yang nak buat pilihan upu atau ingin tahu life student tamhidi atau yang ada keinginan nak masuk usim. Best ke masuk USIM? Hmmm..try to read and you'll know. ':)

Muqaddimah sat.. perkataan 'tamhidi' ni sebenarnya daripada perkataan arab yang bermaksud awal, atau secara istilahnya ialah pra-universiti.

'Tengok nama pon dah takut, mesti kena belajar arab en?'

Ya, semua pelajar tamhidi wajib belajar arab dan kemasukannya juga daripada sekolah-sekolah agama.

'Arabnya susah tak?'

Jangan risau arabnya susah atau tak, asalkan niat kita nak belajar semua benda akan mudah difahami. Secara asasnya nak kata belajarnya senang tak juga, takkanlah tak buat ulangkaji tiba-tiba boleh dapat A. Of course kena usaha jugak. Same with other subjects.

'Duduk kat tamhidi ni kena struggle jugak ke?'

Yup, semua tempat belajar kena struggle kalau nak dapat 4flat. Tak kiralah masuk asasi ke, atau matriks or even diploma, we need to do the best as we can do. Tapi, kebaikan jadi student tamhidi ni, kita akan terus diserap dalam USIM untuk degree. Jadi tak perlu risau tak dapat masuk universiti.


Special note for medic and dentist student :- Korang lagi kena struggle untuk dapat tempat yang sangat-sangat limited untuk degree. Set kan terus dalam mind kalau betul Allah nak kita berada dalam medic/dentist, inshaAllah akan dipermudahkan. Jika tak ada rezeki, itu bukan bermakna kita tak bijak macam orang lain tapi sebenarnya Allah nak bagi rezeki yang lebih luas untuk kita.

Kalau nak dikenangkan, being a tamhidi's student is not really bad. Ini berdasarkan pengalaman sendiri la kan, pada awalnya mungkin kita akan rasa sangat penat. Dahla hostel dengan kampus sangat jauh(kena lintas highway kot), tambah-tambah lagi kena berebut bas. Balik pula dah penat, nak study lagi, tapi perkara macam inilah yang mengajar kita cara nak uruskan diri dan masa. Just enjoy and try to overcome everything because it's a life journey in learning. Dulu selalu ingat pesan opah, kita ni takde apa-apa, dekat Allah la kita mohon kekuatan, sekali-sekala buatlah solat tahajud minta kekuatan InshaAllah mudah kita nak belajar.

Ingat lagi waktu orintasi tu kami dah diberi tazkirah dah, 'Jangan jadi student 3K (kelas-katil-kafe)'. Apa maksudnya? Maksudnya, jangan jadi student semata-mata pergi kelas, balik makan tidur. Cuba jadi student yang proaktif: selalu join usrah, rajin turun surau, join aktiviti oudoor. Barulah enjoy!

Yang menariknya waktu tamhidi ni, banyak assignment yang sangat menarik. Macam-macam benda kami belajar. Kena buat video, berlakon, presentation, semua benda ni kena pandai urus masa sebaiknya. Pernah satu hari kami kena marah dengan lecture math sebab tak buat homework sibuk dengan assignment lain. Mana taknya, assignment dari subject 2 credit, tambah nak kejar dateline lagi. Salah kitorang jugak, sapa suruh tak siapkan.':/

Tapi, perkara-perkara inilah yang dapat mengeratkan ukhwah sesama kelas. Dah habes project je kita 'selfie'(kadang-kadang je). Besides we managed to relieve our stress we also knew each other's personalities. That's make fun. Seronok kan?

Sebenarnya semua tempat sama dekat mana pun kita belajar. It has pressure itself. Tapi yang bezanya kat Usim, majlis-majlis ilmu tak pernah lekang sama ada kampus ataupun hostel. Terpulanglah pada diri kita sama ada nak join ataupun tidak. Tambah, usrah pun ada untuk semua student tamhidi. Bukan senang kita nak dapat pahala depan mata.

Buat adik-adik yang dah habis sekolah baru nak masuk u, mungkin akan ada sedikit 'culture shock' untuk rasa freedom. Kalau adik-adik dah tersasar dari pangkal jalan, cuba ingat balik tujuan kita untuk masuk u. Bukan sekadar nak habiskan duit mak bapak hantar kita jauh-jauh untuk belajar. Contohnya, adik-adik tak dapat perform waktu sem1 sebab terasa terlampau bebas dan tiada siapa memaksa untuk belajar. Bangkit balik untuk sem 2 dan try slow2 untuk balik pangkal jalan. InshaAllah ada jalannya.

'Life well or life hell. You choose' -hlovate

Ok, tu je la kot yang nak share.

May Allah ease our journey☺

Comments