#muhasabah

Semenjak dah follow channel telegram seorang student u ni rse mcam muhasabah diri balek, rse semangat nak update blog..
*walau hakikatnya tak pernah rasa orang akan klik kat blog ni* [xde konfiden]

Well,, sbnarnya saya buat blog ni pun bukan nak bagi orang baca sangat tapi lebih kepada meluah hati.. Yeah, bak kata seorang hamba Allah ni[student tu] tujuan sebenar dia menulis adalah untuk meningkatkan soft skill dia apabila berhadapan dengan orang ramai. Sekurang-kurangnya kita pandai mengatur perkataan untuk bercakap dengan lebih baik..

Akak tu pun ada tulis bahawa apabila kita share sesuatu ilmu, kita akan lebih ingat.. Sbab nak ingat kita tulis atau share kat orang *mungkin sekarang ni syaitan dok bisik kat kita kalau tau share tp x reti nak amal baik x payah*

Tapi sebenarnya melalui penulisan ini kita tarbiyah diri kita balik, kita sedar kita ni masih kurang beramal tapi dalam proses nak memperbaiki diri kita. Tarbiyah tu x akan datang sendiri tapi kita sendiri kena tarbiyah diri kita sendiri untuk jadi lebih baik.

Teringat suatu ungkapan "Orang yang selalu membuat dosa namun segera bertaubat apabila menyedari kesalahannya lebih baik daripada orang yang melaksanakan qiamullail sepanjang malam namun penuh perasaan ujub dalam hatinya". #deep

Bukan nak kata kat sini kita x boleh buat baik kalau asyik riak je, sampai ke sudah x buat baik sbab asyik terfikir riak je.. Tapi nak bagi tahu kat sini kita boleh didik hati kita slow2 supaya sentiasa cari keredhaan Allah.

Doakan saya supaya terus istiqamah melakukan perkara yang diredhai Allah [senyum]

#budakbarubelajar
#alhamdulillah

Comments