Di sebalik al-Kahfi

::Surah al-Kahfi
::mengandungi 110 ayat
::m/s 293

Entry kali ini nak merungkai keistimewaan surah al-Kahfi..
Kenapa surah al-Kahfi jd tajuk entri pulak??

Mungkin ada sesetengah yang tak pernah baca,, ataupun baca kadangkala sahaja,, ataupun baca tapi tak pernah tau kelebihannya..

KELEBIHAN SURAH AL-KAHFI


  • Terpelihara daripada fitnah dajal
Seorang sahabat nabi,  iaitu Abu Darda' melaporkan Rasulullah S.A.W. menyatakan :
  "Sesiapa yang memelihara bacaan dengan sentiasa membaca 10 ayat pertama daripada surah al-Kahfi,  maka dia akan dilindungi daripada fitnah dajjal"  
(Hadis ini direkodkan oleh Muslim, Abu Daud,  An-Nasaie dan At-Tarmizi) 

Dan sbenarnya surah ini mengandungi 4 cerita yang berbeza..dan mempunyai ibrah yang tersingkap di sebaliknya.

1. Ashabul Kahfi
Allah menunjukkan kekuasaanNya dgn menidurkan sekumpulan pemuda yang beriman dan seekor anjing daripada raja yang zalim di dalam sebuah gua. Salah seorang daripada mereka menyangka mereka tertidur hanya sehari atau separuh hari, rupa-rupanya Allah menidurkan mereka selama 390 tahun. Kisah ini memberi ibrah yg mendalam mengenai KEPERCAYAAN kepada kekuasaan Allah S.W.T.

2. Kisah 2 pemilik kebun
Seorang pemilik kebun yang kafir mempunyai kebun yang subur, namun tidak mempercayai kekuasaan Allah. Manakala seorang pemilik kebun yang beriman sentiasa bersyukur dgn nikmat yg Allah kurniakan. Lalu Allah melenyapkan kebun yang dimiliki oleh pemilik kebun yang kufur nikmat Allah. Pemilik tersebut menyesal dengan perbuatannya. Kisah ini juga memberi  ibrah yang mendalam mengenai ujian HARTA yg dikurniakan oleh Allah.

3. Nabi Musa dan Nabi Khaidir
Nabi Musa menyangka dirinya yg paling bijaksana kerana merupakan nabi dan rasul pada ketika itu. Lalu Allah mmerintahkan baginda supaya merantau untuk menimba ilmu. Nabi Musa dipertemukan dgn Nabi Khaidir dan ingin menimba ilmu daripadanya. Dalam perjalanan mereka, terdapat tiga peristiwa yang menunjukkan bahawa Nabi Khaidir merupakan seorang yang berilmu. Melalui kisah ini, ia menunjukkan ibrah yang tersingkap mengenai ujian ILMU.

4. Kisah Zulkarnain dengan Ya'ajuj dan Ma'ajuj
Raja Zulkarnain merupakan seorang raja hebat yang dapat menyelesaikan masalah beberapa kaum yang kufur dengan Allah dan kaum yang beriman dengan Allah. Kemudian, terdapat satu kaum yg tinggal di antara dua gunung meminta bantuan daripada Zulkarnain untuk membina tembok yg memisahkan mereka dgn Ya'ajuj dan Ma'ajuj. Kisah ini memberi pengajaran kepada kita mengenai ujian KEKUASAAN melalui Zulkarnain sebagai pemimpin.

Then,, apa kaitannya dgn dajjal laknatullah??

Well,, dajjal ni akan muncul dgn 4 ujian

First,, dajjal akn ajak manusia puja dirinya dan bukan untuk memberi KEPERCAYAAN pada Allah yang Esa.
Kemudian,, dajjal akan diberi kuasa untuk menurunkan dan memberhentikan hujan untuk mengkaburkan mata manusia dan menggoda manusia dengan hartanya.
Dajjal juga akan uji manusia dengan ILMU dan berita yang disampaikannya.
Lastly,, dajjal juga akan menguasai sebahagian besar daripada bumi melalui KEKUASAANnya.


  • Sumber ketenangan as-Sakinah
Seorang sahabat nabi, iaitu al-Barra' melaporkan seorang lelaki membaca surah al-Kahfi.  Pada ketika itu, di sisinya terdapat seekor kuda yang terikat dengan dua tali. Lelaki itu melihat ke atas dan mendapati awan kabus menaunginya. Awan kabus itu bergerak dekat dan semakin dekat sehingga membuatkan kudanya meronta-ronta ingin lari. Apabila tiba waktu pagi,  lelaki itu berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. dan menceritakan tentang peristiwa yang dialaminya. Rasulullah S.A.W berkata ,
    "  Itulah ketenangan (as-Sakinah)  yang turun disebabkan al-Quran. "

  • Keutamaan membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat 
Seorang sahabat nabi S.A.W ,iaitu Abu Said Al-Khudri melaporkan bahawa Rasulullah S.A.W menyatakan:
   "Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat,  Allah S.W.T akan menyinarinya dengan cahaya di antara dua Jumaat. "

Jadi,, apa lagi ganjaran depan mata ambillah peluang amalkan al-Kahfi tiap malam Jumaat. Digalakkan untuk menghafal 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir surah ini.. 

Tepuk dada tanya iman,, selamat beramal *kenyit mata*

Thanks Allah




Comments